CHADWICK BOSEMAN. FOTO fail AFP
CHADWICK BOSEMAN. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Pelakon utama filem adiwira 'Black Panther', Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser kolon.

Boseman, yang berusia 40-an, tidak pernah membincangkan keadaan kesihatannya itu secara terbuka.

Sejak pertama kali disahkan menghidap kanser itu pada 2016, beliau terus bekerja dengan membintangi filem lain dengan studio utama di Hollywood.

"Menjadi satu penghargaan untuk kerjayanya untuk membawa watak King T'Challa dalam filem Black Panther," menurut akaun media sosial Boseman.

Pelakon itu meninggal dunia di rumahnya.

Isteri dan ahli keluarganya berada di sisi pelakon itu ketika beliau meninggal dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 10:46 AM