KAKITANGAN kesihatan di pusat saringan Covid-19 di Mumbai. FOTO AFP
KAKITANGAN kesihatan di pusat saringan Covid-19 di Mumbai. FOTO AFP
Agensi

Paris: Lebih sejuta orang maut akibat pandemik Covid-19, dengan lebih 33 juta kes dicatatkan di seluruh dunia.

Mirror.co.uk melaporkan, berdasarkan data Worldometer setakat ini, seramai 1,000,502 orang sudah meninggal dunia, berdasarkan sumber yang diperoleh daripada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) mencatat kematian paling tinggi dengan lebih 209,296 kematian.

Sementara, Brazil berada pada kedudukan kedua dengan 141,503 kematian akibat pandemik ini.

Negara lain yang turut mencatatkan kematian tinggi adalah India, Mexico dan Britain.

Sementara itu, AFP melaporkan, pandemik ini menyebabkan ekonomi global lumpuh, ketegangan geopolitik dan peningkatan kos sara hidup dari kawasan pedalaman hingga bandar metropolitan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, keadaan ekonomi dijangka lebih baik sekarang berbanding Jun lalu, namun ia masih dalam fasa 'sangat mencabar'.

Yang penting, sembilan vaksin Covid-19 kini berada dalam ujian klinikal peringkat akhir, dengan harapan sebahagian daripadanya dikeluarkan tahun depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 9:41 AM