GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Houston: Rahsia perbuatan keji seorang guru wanita di Texas, Amerika Syarikat yang mengadakan hubungan intim dengan tiga pelajar lelaki terbongkar selepas dia disahkan mengandung.

Ashlyn Faye Bell, 24, ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kesalahan seksual yang dilakukan terhadap remaja berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap tiga pelajarnya yang berusia antara 16 dan 17 tahun.

Menurut afidavit kehakiman, Bell dituduh melakukan kesalahan itu pada musim luruh tahun lalu.

Media tempatan, Texarkana Gazette melaporkan Bell dituduh atas kesalahan serangan seksual dan mengadakan hubungan terlarang antara guru dan murid.

Kejadian itu diketahui seorang guru lain selepas terdengar perbualan pelajar terbabit mengenai perkara itu.

Berdasarkan laporan media, pelajar berkenaan bertengkar mengenai siapa yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan guru itu hamil.

ASHLYN Faye Bell. FOTO Agensi
ASHLYN Faye Bell. FOTO Agensi

Ketika itu, salah seorang daripadanya memberitahu bahawa dia bukanlah bapa kepada bayi yang dikandung oleh Bell.

Susulan itu, guru itu melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Media turut melaporkan, seorang daripada mangsa menceritakan dia diajak bertemu dengan Bell di rumah guru itu, sebelum melakukan perbuatan keji berkenaan.

Mangsa kedua pula memaklumkan dia diajak melakukan perbuatan tidak senonoh itu selepas tamat persekolahan.

Bagi mangsa ketiga, dia mendakwa mengenali Bell ketika berada di perpustakaan sebelum mereka bertemu dan seterusnya melakukan hubungan intim.

Bell kini dibebaskan dengan jaminan AS$150,000 (kira-kira RM622,000), sementara menunggu kes terhadapnya dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 6:30 AM