Ambulans keluar dari MRSM Kuala Klawang berikutan pelajar dipercayai mengalami keracunan makanan. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Ambulans keluar dari MRSM Kuala Klawang berikutan pelajar dipercayai mengalami keracunan makanan. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Seramai 207 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang mengalami keracunan makanan bermula awal pagi tadi dan empat pelajar dimasukkan ke wad Hospital Jelebu.

Pengerusi JawatankuasaPelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohammad Rafie Abd Malek berkata, pelajar tingkatan satu hingga lima itu mengalami cirit-birit dan loya bermula 2 hingga 4 pagi.

"Sama ada ia membabitkan makan malam atau minum petang atau faktor lain akan diketahui sebaik sahaja pelbagai sampel jenis makanan yang dihantar ke makmal diketahui dalam tempoh dua minggu.

"Berikutan itu dewan makan MRSM berkenaan disita selama dua minggu bagi tujuan pemeriksaan dan perkhidmatan makanan bagi 724 pelajardibekalkan oleh kontraktor makanan bertauliah dilantik pejabat kesihatan.

"Dakwaan orang ramai yang menyatakan pengusaha kantin baru berkhidmat juga adalah tidak benar kerana sudah lebih dua tahun menjalankan perkhidmatan kepada pelajar," katanya pada sidang media diperkarangan MRSM Kuala Klawang selepas mengadakan lawatan dan meninjau keadaan pelajar.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Bakri Sawir.

Katanya keadaaan empat pelajar yang dimasukkan ke wad adalah stabil dan akan dibenarkan keluar esok sekiranya kesihatan pelajar berkenaan memuaskan malah berharapibu bapa tidak perlu bimbang mengenai tahap kesihatan anak mereka berikutan keadaan adalah terkawal.

"Buat masa ini pelbagai faktor kejadian keracunan makanan boleh berlaku dan tidak adil untuk menyalahkan pada satu pihak sahaja sehinggalah analisa keputusan makmal daripada sampel makanan diperolehi," katanya.

Dr Mohammad Rafie berkata, sesi pengajaran dan pembelajaran di MRSM itu berjalan seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 4:48 PM