ANNUAR membuat lawatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP
ANNUAR membuat lawatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak meminggirkan rakyat yang dihimpit tekanan kehidupan berganda berikutan pandemik Covid-19.

Buktinya ialah kementerian itu memperkenalkan pelbagai program dalam usahanya membela nasib rakyat terutama golongan B40.

Program [email protected] dilihat sebagai 'sentuhan hati' kementerian terhadap rakyat.

Ikuti wawancara Menteri Wilayah Persekutuan TAN SRI ANNUAR MUSA bersama wartawan NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN bagi berkongsi lanjut mengenai inisiatif kementerian.

Dalam situasi negara yang berdepan kesukaran daripada aspek ekonomi dan kesihatan rakyat, bagaimana KWP memainkan peranan membantu rakyat secara keseluruhannya?

KWP mengambil langkah proaktif termasuk yang terbaharu memperkenalkan konsep Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin sebagai suatu pembudayaan kerja dalam menzahirkan keikhlasan daripada hati nurani warga KWP dan agensi kepada rakyat.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan dan dibuat secara berterusan sebagai kelangsungan membantu golongan sasar yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan.

Semua program dan inisiatif yang dilaksanakan ini dipayungi 13 cakna iaitu Cakna Perumahan, Cakna Gelandangan, Cakna Kemiskinan, Cakna Keselamatan, Cakna Perpaduan, Cakna Keindahan, Cakna Kebersihan, Cakna Sukan, Cakna Asnaf, Cakna Usahawan, Cakna Kehijauan, Cakna Pendidikan dan Cakna Seni Budaya sebagai teras kepada pelbagai program dirangka.

Sebagai permulaan, KWP memperkenalkan Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) untuk membantu tiga kelompok utama.

Kelompok pertama membabitkan 5,000 petugas barisan hadapan yang bertugas di Wilayah Persekutuan.

Kelompok kedua adalah pesakit dalam kalangan keluarga mereka dijangkiti Covid-19.

Kelompok ketiga pula ialah warga Wilayah Persekutuan dalam kalangan rakyat yang kehilangan pendapatan termasuk peniaga kecil dan sederhana selain gelandangan.

Bagi menzahirkan keprihatinan kerajaan, pelbagai inisiatif membantu rakyat dirangka khusus untuk warga Wilayah Persekutuan.

Untuk itu, KWP melancarkan program Kemiskinan Bandar iaitu [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] dan [email protected] sebagai inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan serta diterajui agensi di bawahnya.

Di samping itu, kementerian juga melancarkan program keusahawanan bagi membolehkan rakyat menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan khususnya bagi golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Program Usahawan Anak Muda Kota ini menawarkan 1,122 ruang perniagaan (kios) kepada anak muda di 169 lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kementerian juga memberikan rumah secara percuma kepada golongan asnaf di Kuala Lumpur melalui kerjasama strategik dengan badan korporat yang dikenali sebagai Rumah Wilayah Prihatin. Inisiatif terkini yang dibuat adalah Program [email protected].

Ia satu inisiatif bagi membolehkan golongan B40 membeli barangan dapur, makanan asas harian pada harga lebih rendah dari pasar awam dan dijual secara terus di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta di Kuala Lumpur.

Ia juga memberi peluang perniagaan kepada pengusaha [email protected] menjana pendapatan mereka dengan membolehkan golongan miskin membeli barangan yang segar, berkualiti serta murah tanpa perlu mengeluarkan tambang pengangkutan ke pasar.

Bagaimana tercetusnya idea untuk melaksanakan program ini?

[email protected] adalah satu daripada program Kemiskinan Bandar di Wilayah Persekutuan yang dirangka selepas saya membangkitkan isu kemiskinan bandar yang semakin membimbangkan.

Isu ini semakin kritikal apabila negara dilanda pandemik Covid-19. Semakin ramai warga Wilayah Persekutuan yang terkesan sama ada daripada segi kehilangan pekerjaan atau pendapatan, pengurangan pendapatan dan peningkatan kos kehidupan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang lain melaksanakan beberapa MyGrocer ini di Wilayah Persekutuan.

Bilakah program [email protected] mula dilaksanakan?

Projek rintis bagi program ini mula dijalankan pada 29 Ogos 2020.

Ia bermula dengan 10 lokasi di Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam di Kuala Lumpur.

Lokasi terbabit ialah di PA Desa Tasik, PPR Air Panas, Taman Segambut, PPR Seri Alam, PPR Desa Tun Razak, PPR Kerinchi Lembah Pantai, PPR Seri Kota, PA Seksyen 10 Wangsa Maju, PPR Jalan Ikan Emas dan PPR Seri Pahang.

Kini, operasi trak [email protected] sudah diperluaskan kepada 36 lokasi sekitar PPR dan PA DBKL mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagaimana kaedah pelaksanaan program ini?

Program [email protected] berkonsepkan pasar bergerak menggunakan trak jualan sebagai platform yang menjual barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur, buah dan barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak, gula, tepung gandum serta beras.

Penjualan barangan basah dan keperluan harian yang ditawarkan adalah pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga di pasar awam.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) Perbadanan Nasional (PNS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan syarikat swasta berkaitan.

Apakah objektif program ini?

Program ini ialah pelan perancangan jangka masa panjang dan komprehensif KWP bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung golongan miskin bandar.

Program MyGrocer dilihat sebagai usaha KWP mempertemukan pembekal kepada penduduk di kawasan yang dikenal pasti apabila harga barangan boleh dibeli dengan kadar lebih berpatutan, murah dan berkualiti.

Konsep penggunaan trak ialah kaedah paling praktikal kerana mengambil kira produk yang dijual adalah berdekatan dengan kumpulan sasar dan produk ini dalam keadaan segar dan boleh terus dibawa pulang ke rumah.

Siapa yang bakal mendapat manfaat daripada program?

Program ini bakal memberi manfaat kepada penduduk di 178 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta di Kuala Lumpur.

Program ini juga akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan perumahan kos rendah swasta dan juga kampung tradisi pada masa hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 7:01 AM