Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

"Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober (esok) sehingga 9 November," katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah seperti diumumkan sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari bermula 14 Oktober sehingga esok.

Perintah itu susulan peningkatan penularan Covid-19 di ketiga-tiga lokasi itu.

ISMAIL Sabri (gambar fail). FOTO Bernama
ISMAIL Sabri (gambar fail). FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 5:53 PM