Seorang lelaki, pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Hospital Slim River (HSR) berjaya ditahan oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri.NSTP/Ihsan Pembaca.
Seorang lelaki, pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Hospital Slim River (HSR) berjaya ditahan oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri.NSTP/Ihsan Pembaca.
Rosman Shamsudin

Slim River: Suasana pekan ini gempar seketika apabila berita seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Hospital Slim River (HSR) melarikan diri, petang tadi.

Berita itu yang tular di Whatsapp menyebabkan penduduk bimbang.

Difahamkan lelaki berusia 29 tahun itu hanya berseluar pendek dan memakai t-shirt berwarna hitam ketika melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.48 petang daripada pihak hospital.

Katanya, pihak HSR memaklumkan seorang lelaki memakai gelang biru muda melarikan diri dari Wad 7 dari hospital terbabit.

" Lelaki itu berjaya dijumpai oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran stesen minyak kira-kira jam 6 petang.

" Sepasukan pertugas kesihatan yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) datang mengambil lelaki terbabit dan dibawa balik ke hospital," katanya dalam satu kenyataan.

Sulizmie Affendy berkata, hasil saringan Covid-19 oleh pihak hospital terhadap lelaki terbabit disahkan negatif dan dimaklumkan dia akan keluar wad esok.

" Hasil semakan rekod jenayah mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod lampau dan ditahan polis," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), 269 KK dan 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 12:14 AM