GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi apabila 5,725 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 203,933 kes.

KKM dalam kenyataan hari ini berkata, peningkatan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak terbabit dalam negara bertambah kepada 203,933 kes dengan kebolehjangkitan 45,478 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 5,718 kes penularan tempatan, manakala tujuh lagi kes import.

"Sebanyak 3,423 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 157,722 kes.

"Sehingga kini 301 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 115 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Terdapat pertambahan 16 kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia 733 kes atau 0.36 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 6:27 PM