TOYOTA Vios.
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my


Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, UMW Toyota Motor dan seluruh rangkaian pengedar sahnya mengadakan kempen ‘Jalan Cerita-Ramadan Bersama Toyota’ membolehkan pelanggan menerima ‘duit raya’ bernilai RM500 bagi model terpilih.

Antara tawaran itu sehingga 31 Mei itu rebat tunai RM3,500; aksesori percuma bernilai RM4,100 dan pakej penyelenggaraan percuma bernilai RM2,125 untuk model Vios, manakala pembeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Innova bakal menikmati rebat tunai RM2,000 dan servis percuma bernilai RM1,000.

Manakala model Camry, bakal menerima rebat tunai RM3,000; pilihan ‘Body Coating’ bernilai RM2,700 atau aksesori percuma sehingga RM2,500.

Sementara Corolla Altis, Avanza, Sienta, Fortuner dan Hilux turut ditawarkan rebat tunai RM1,000, selain aksesori percuma sehingga RM5,790 bagi model terpilih.

Menurut UMW Toyota, semua tawaran untuk varian terpilih tertakluk kepada syarat, selagi stok masih ada.

Bagi pelanggan memerlukan pembiayaan, Toyota Capital menawarkan ‘Toyota 2-Tier Plan’ dengan bayaran ansuran bulanan lebih rendah untuk graduan, selain pelan pembiayaan ‘Toyota Drive’ untuk penjimatan lebih tinggi.

Semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux) termasuk waranti boleh dipindah kepada pemilik seterusnya.

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran Toyota untuk memandu uji selain melayari laman sesawang www.toyota.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 1:47 AM