NAZA Automall menjadi pusat sehenti untuk Kumpulan Naza.
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my


Sempena Aidilfitri tahun ini, syarikat konglomerat terbesar negara, Kumpulan Naza menawarkan promosi hebat dan penjimatan bagi pelanggan setia menerusi sambutan Naza Automobil 2018.

Bermula sekarang hingga 30 Jun depan, Naza Gaya Raya Autofair 2018 menawarkan rangkaian jenama dua dan empat roda dengan tawaran hebat seperti baucar, rebat tunai, kelulusan segera pinjaman, nilai jual beli tinggi selain cukai jalan, insurans, perkhidmatan penyelenggaraan, ansuran serta hadiah percuma.

Pakej istimewa ini tersedia untuk semua 14 jenama kenderaan bagi model baru dan terpakai yang dipamerkan di Naza Automall seperti Maserati, Brabus, Kia, Peugeot, Chevrolet, Ducati, Vespa dan Indian Motorcycle.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 15 peratus untuk jenama di luar portfolio jenama automotif Naza Group seperti Toyota Vellfire, Alphard dan Harrier.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporation Holdings Datuk Samson Anand George berkata, orang ramai boleh mengunjungi Naza Automall untuk melihat dan menyemak tawaran hebat Kumpulan Naza.

“Naza Gaya Raya Autofair 2018 membolehkan orang ramai memiliki kenderaan idaman pada harga menarik sempena Aidilfitri tahun ini.

“Dengan pelbagai jenama automotif daripada jenama baru sehingga model diimport yang berkualiti, kami memberi jaminan tawaran terbaik di bawah satu bumbung,” katanya.

Samson berkata, selain penjimatan hebat dan penghantaran pantas, pelanggan Naza Automall yang membeli kenderaan impian sepanjang Naza Gaya Raya Autofair 2018 berpeluang memenangi hadiah perbelanjaan penuh selama empat hari tiga malam menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 di Moscow, Russia.

Dalam pada itu, sempena Hari Ibu, pengunjung Naza Automall layak menerima baucar makan malam bernilai RM500 apabila menempah mana-mana kenderaan empat roda.

Naza Gaya Raya Autofair 2018 juga mempunyai promosi eksklusif untuk sektor perniagaan lain Kumpulan Naza antaranya Naza TTDI turut menawarkan pakej khas pembelian hartanah kediaman termasuk diskaun, rebat, baucar ID dan yuran perundangan SPA percuma dan perjanjian pinjaman.

Sementara Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza juga menawarkan biasiswa merit dan tangguhan bayaran pendaftaran RM1,000 untuk pelajar yang mendaftar kursus pendidikan sepanjang Naza Gaya Raya Autofair 2018.

Pelajar yang mendaftar ketika tempoh kempen di Naza Automall akan ditawarkan tajaan mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Akademi Naza di Gurun, Kedah.

Sepanjang Naza Gaya Raya Autofair 2018, aktiviti lain dianjurkan termasuk permainan untuk kanak-kanak di Kid’s Corner dan trak saji pada hujung minggu.

Naza Automall dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari manakala jam 10 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 1:47 AM