NAZA Euro Motors Sdn Bhd pengedar eksklusif kenderaan jenama DS Automobile di Malaysia membuka pusat pamerannya di Petaling Jaya. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


NAZA Euro Motors Sdn Bhd pengedar eksklusif kenderaan jenama DS Automobiles di Malaysia merasmikan pembukaan pusat pamerannya di Petaling Jaya, malam tadi.

Berkeluasan 3,230 kaki persegi DS Store Petaling Jaya adalah yang pertama di negara ini dan Asia Tenggara dengan identiti signatur DS Automobiles yang memenuhi standard global.

Ruang pameran itu yang mampu memuatkan tiga kenderaan juga sebagai pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) bagi kemudahan pemilik kenderaan tersebut untuk perkhidmatan selepas jualan.

Turut hadir ketika perasmian ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George; Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobiles Yves Bonnefont dan Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.

DS Automobiles ialah kenderaan premium dari Perancis yang dilancarkan pada 1955 yang kini terdapat lebih 450 cawangan DS Store di seluruh dunia.

Ia mula memasuki pasaran di negara ini sejak 2013 dengan tiga model ditawarkan iaitu DS 5, DS 4 DS 3 dan terbaharu DS 7.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 11:52 PM