NAKAMURA (kanan) merasmikan Isuzu Cameron Highlands. FOTO Aizuddin Saad
Lizam Ridzuan

Pengedar utama kenderaan jenama Isuzu di negara ini, Isuzu Malaysia Sdn Bhd, membuka Pusat Jualan dan Servis (2S) Isuzu di Cameron Highlands menjadikan jumlah keseluruhan 43 di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koji Nakamura berkata, pihaknya menyasarkan pembukaan dua lagi pusat jualan dan servis di Malaysia, tahun ini.

“Tanah tinggi Cameron Highlands adalah penting untuk pasaran kenderaan komersial ringan (LCV) Isuzu yang sesuai digunakan pada permukaan jalan yang lasak dan mencabar,” katanya ketika perasmian.

Pusat 2S itu dikendalikan oleh Weng Fatt Otomobil yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam industri, menawarkan servis berjadual kepada pemilik tanpa perlu ke lokasi lebih jauh.

Selain alat ganti tulen dan pegawai teknikal yang terlatih, pembukaan pusat ini juga melegakan pemilik.

Isuzu Malaysia juga menjangka 300 unit kenderaan diservis di sini untuk tahun pertama ia beroperasi.

MELAWAT ruang servis. FOTO Aizuddin Saad

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 6:00 AM