Skip this ad x
Lizam Ridzuan


SELEPAS dua musim dianjurkan, Festival Toyota Gazoo Racing sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti serta acara perlumbaan Vios Challenge yang menjadi tarikan utama membabitkan pelumba profesional, amatur dan selebriti tanah air.

Musim kedua menampilkan empat pusingan diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu, Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), Batu Kawan, Pulau Pinang dan yang terakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Seperti terdahulu, untuk Vios Challenge, tiga kategori dipertandingkan iaitu Super Sporting, Sporting serta Promotional dan kali ini, pelumba pasukan ST Wangan iaitu Boy Wong, Brendon Lim daripada pasukan Tedco Racing dan pelakon Diana Danielle muncul juara keseluruhan mendominasi bahagian utara litar di SIC.


SELEBRITI bersama Akio (tengah).

Selain itu, perlumbaan edisi kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila pemandu berusia 14 tahun, Hayden Haikal daripada Prodigy Racing berjaya mencatatkan keputusan juara kategori Sporting dalam perlumbaan 1.

Timbalan Presiden UMW Toyota Motor Akio Takeyama yang turut berlumba dalam kategori Promotional berkata, penganjuran kali kedua ini sangat berjaya dengan sambutan hebat diberikan di setiap lokasi penganjuran.


KELIBAT juara, Diana Danielle.

“Acara ini sudah ada pengikutnya tersendiri dan kami bercadang meneruskannya pada musim akan datang selagi ia diterima baik di Malaysia,” katanya yang mendapat keputusan podium dalam Race 2.

Selain perlumbaan, turut diadakan acara sampingan seperti sesi ‘autograph superfans’, pameran dan pandu uji model-model Toyota, persembahan Toyo Drift 86, penukaran beg udara percuma, perlumbaan kelab kereta dan konsert selebriti TGR.

Antara selebriti kali ini ialah Janna Nick, Nabil Ahmad, Wani Hasrita, Nabila Razali, Khai Bahar, Akim Ahmad, Aiman Tino, Shawn Lee dan Shukri Yahaya. #vroomHM


PEMINAT yang hadir.

ANTARA aksi di litar.

Keputusan Keseluruhan Toyota Vios Challenge Musim Ke-2

Super Sporting Class

1. Boy Wong, ST Wangan Racing: 95 mata

2. William Ho, Kegani Racing: 86

3. Brendan Paul Anthony, Dream Chaser: 73

4. Keifli Othman, Team Nanoplus: 67

5. Syafiq Ali, M7 Racing Team: 65

Sporting Class

1. Brendon Lim, Tedco Racing: 86 mata

2. Eric Yong, ST Wangan Racing Team: 85

3. Kenneth Koh, Panglima City Racing Team: 81

4. Patrick Tam, Team Nanoplus: 68

5. Dato’ Ken Foo, Kulim Top Wheels: 56

Promotional Class

1. Diana Danielle: 100 mata

2. Aiman Tino: 94

3. Akim Ahmad: 92

4. Nabil Ahmad: 80

5. Wany Hasrita: 63

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 5:00 AM