NG (dua dari kanan) ketika pelancaran LokaTag.
Lizam Ridzuan


PRODUK pembaca tol terpasang di dalam kenderaan diperkenalkan untuk pasaran tempatan melalui pengenalan LokaTag bagi menambah kelancaran perjalanan.

Ia hasil kerjasama antara Lokatech Engineering sebagai pengedar utama dan Efkon yakni penyedia teknologi dari Austria bagi sistem kutipan tol inframerah seluruh Malaysia.

Direka untuk disepadukan dengan kenderaan pengguna yang disambungkan terus ke bateri kereta melalui proses pemasangan ringkas serta sesuai untuk semua jenis kenderaan.


UNIT yang dipasang di dalam kenderaan.

Pengarah Urusan Lokatech Engineering, Ng Shys Kang berkata, selain memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan dalam merancang perjalanan, alat itu juga memberi paparan baki kredit dan pencahayaan belakang yang tahan lama.

“LokaTag adalah produk selepas pasaran (after market) pertama dalam negara ini yang diiktiraf kualiti dan ketahanannya.

“Ia boleh didapati di rangkaian pengedar terpilih serta pembelian melalui dalam talian di Shopee Malaysia,” katanya ketika pelancaran.


ANTENA pengesan bahagian dalam cermin hadapan.

Penduduk Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor berpeluang menikmati pemasangan percuma di lokasi pilihan, serta Pelan Bayaran Mudah kosong peratus melalui tambahan RM1.

Produk ini dijual pada harga RM499 seunit.

“Kami menyasarkan untuk menjual 5,000 unit LokaTag tahun ini.

“Ia angka yang relevan dan sesuai dengan potensi pasaran dalam segmen ini yang mana keperluan sistem pembayaran tanpa tunai sudah makin meluas,” katanya.

#vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 7:00 AM