Skip this ad x
Lizam Ridzuan


NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia melancarkan tiga model baharu iaitu Primavera S 150, Sprint S 150 dan S125 Carbon Edition untuk pasaran tempatan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Ramasamy Devaraju berkata,

barisan model terbaharu itu masih mengekalkan DNA Vespa dengan elemen lebih menarik sesuai untuk peminat jenama skuter itu.

“Untuk Primavera S 150, ia ditawarkan pada harga RM16,400, Sprint S 150 (RM17,400) dan S125 Carbon Edition (RM12,500),” katanya pada majlis pelancaran tiga model baharu Vespa S di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, penggemar Vespa boleh mengunjungi semua pengedar sah Vespa di seluruh negara atau berkunjung ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid bermula hari ini hingga 11 Ogos ini untuk melihat kenderaan berkenaan dengan lebih dekat.


Devaraju (kanan) ketika memperkenalkan model terbaru Vespa. FOTO/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 6:55 PM