Antara pemenang bersama hadiah yang dimenangi dalam kempen Go Race With Eneos di satu majlis di NKS Jalan Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TIGA belas pemenang bertuah membawa pulang tiket Grandstand untuk MotoGP Malaysia 2019 pada November ini dan telefon pintar Huawei Nova 4e sempena fasa satu kempen Go Race With Eneos baru-baru ini.

Kempen itu adalah inisiatif Mayshowa Auto Parts Sdn Bhd, selaku pengimport minyak enjin Eneos bermula 14 hingga 23 Oktober 2019 lalu.

Kesemua pemenang itu adalah daripada 140 peserta yang layak menyertai cabutan bertuah sempena kempen itu dan penyampai hadiah diadakan di NKS Jalan Sentul di Kuala Lumpur.

Kempen berkenaan juga peranan syarikat itu dalam mempromosikan kejuaraan MotoGP Malaysia 2019 pada 1 hingga 3 November ini yang mana Eneos adalah penaja rasmi pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Sempena kempen di 44 hentian sekitar Lembah Klang itu, seramai 282 daripada 330 responden mengesahkan biasa melihat jenama ENEOS dan lebih 110 individu daripada mereka adalah pengguna minyak enjin itu.

Peminat MotoGP terutamanya Valentino Rossi pasti tidak asing dengan jenama ENEOS, minyak enjin terulung daripada Jepun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 3:39 PM