PASUKAN MotoGP Ducati bersama Faizal (tiga dari kanan). FOTO Amirudin Sahib
PASUKAN MotoGP Ducati bersama Faizal (tiga dari kanan). FOTO Amirudin Sahib
Lizam Ridzuan


TAMPIL dengan lebih premium dan selesa, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) selaku pengedar utama motosikal jenama Ducati di Malaysia merasmikan ruang pameran, jualan, servis dan alat ganti (3S) terbaharu yang juga kedua terbesar di Asia Tenggara.

Berkeluasan lebih 16,339 kaki persegi, ia juga menempatkan pusat servis dengan lapan ruang penyelenggaraan yang mampu melakukan servis sehingga 450 motosikal sebulan.

Ducati PJ juga membolehkan pelanggan melihat model terkini yang ditawarkan dalam pasaran seperti Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950, Diavel 1260 S serta model Scrambler Cafe Racer dan Icon.

Lokasinya yang strategik di Naza Automall, Petaling Jaya mudah diakses dari Lebuh raya Persekutuan bakal menjadi tumpuan pemilik untuk berkumpul dan bersosial dalam suasana selesa sambil menunggu motosikal siap diservis.

GAYA premium dan selesa. FOTO Amirudin Sahib
GAYA premium dan selesa. FOTO Amirudin Sahib

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, sejumlah RM1.5 juta pelaburan diperuntukkan untuk ruang pameran Ducati PJ.

“Ia memenuhi ciri Identiti Korporat (CI) jenama motosikal dari Itali ini.

“Pelanggan yang memasuki ruang pameran dan jualan bakal menikmati pengalaman lebih premium dengan beberapa bahagian disediakan khusus untuk pameran motosikal, aksesori serta pakaian jenama Ducati,” katanya pada perasmian, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Bersama Kumpulan Naza Datuk Wira SM Faizal SM Nasimudin dan pelumba MotoGP pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci yang berada di negara ini untuk ujian pramusim rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

RUANG pameran khusus untuk model Scrambler. FOTO Amirudin Sahib
RUANG pameran khusus untuk model Scrambler. FOTO Amirudin Sahib

Next Bike juga merancang membuka beberapa lagi pusat pameran termasuk di selatan tanah air pada pertengahan tahun ini bagi mengukuhkan lagi jenama motosikal Ducati di negara ini.

Ruang pameran Ducati PJ dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga jam 6 petang manakala Sabtu dibuka sehingga jam 5 petang. Pada Ahad, ia dibuka jam 10 pagi.

Untuk selenggara motosikal, ia dibuka daripada jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Sabtu daripada jam 9 pagi hingga jam 1 tengah hari selain tiada operasi pada Ahad.

AKSESORI tambahan Ducati ditawarkan. FOTO Amirudin Sahib
AKSESORI tambahan Ducati ditawarkan. FOTO Amirudin Sahib

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 7:00 AM