BMW F 900 XR
BMW F 900 XR
Lizam Ridzuan


JENTERA premium ‘Roadster’ dan kembara ‘Adventure’ baharu diperkenalkan oleh BMW Motorrad Malaysia melalui model BMW F 900 R dan F 900 XR.

BMW F 900 R Baharu kini hadir dengan Pakej Penggayaan Sport dengan tempat duduk posisi sporty dan aktif dalam warna biru metalik dan untuk Sport ia didatangkan dengan warna perak metalik atau Merah Racing.

Untuk BMW F 900 XR ia hadir dalam Penggayaan Eksklusif warna emas metalik serta posisi tunggangan aktif sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Ia juga dilengkapi pelindung tangan serta angin, tongkat tengah dan pemegang peralatan untuk muatan barangan.

Kedua model ini didatangkan dnegan enjin 895cc dua silinder sebaris yang menjana 105 kuasa kuda pada 8,750 rpm dan tork 92Nm pada 6,500 rpm.

Ciri standard lain ialah dengan dua mod tunggangan iaitu “Rain” dan “Road” serta Kawalan Kestabilan Automatik (ASC) yang boleh dinyahaktifkan.

Untuk pasaran Malaysia BMW F 900 R Baharu dijual pada harga RM62,500 dan BMW F 900 XR Baharu pada harga RM69,500 (semua harga atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan tiga tahun pengeluar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 5:57 PM
Digital NSTP Subscribe