RUANG kafe untuk aktiviti santai.
RUANG kafe untuk aktiviti santai.
SATU daripada bilik yang ditawarkan.
SATU daripada bilik yang ditawarkan.
BILIK seminar dengan hiasan sporty.
BILIK seminar dengan hiasan sporty.
Lizam Ridzuan


BUAT peminat dunia permotoran, Hype Motorsports Hotel, sebuah butik resort tepi pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan mungkin sesuai dijadikan lokasi inap dalam konvoi akan datang.

Terletak di lokasi strategik bersebelahan dataran Teluk Kemang, ia adalah yang pertama di negara ini mengetengahkan konsep permotoran sebagai tarikan utama.

Dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang diuruskan oleh Hotel Pro Sdn Bhd, ia menawarkan 64 bilik yang direka unik.

Dekor dan hiasan daripada kerusi, katil paparan grafik dan papan tanda menghiasi setiap sudut.

Konsep itu dapat dilihat menerusi bilik yang bertemakan legenda permotoran dunia seperti pemandu Formula Satu (F1), Michael Schumacher malah pelumba MotoGP Marc Marque, Valentino Rossi dan Hafizh Syahrin turut ditampilkan.

 JOHARI (kanan) bersama Bakhtiar dan Mansor (kiri).
JOHARI (kanan) bersama Bakhtiar dan Mansor (kiri).

Pilihan bilik daripada Standard Twin atau Standard Queen, Superior Twin atau Superior King, Deluxe Twin atau Deluxe King dan Premier Triple (pilihan dua bilik bersambungan) yang ditawarkan pada harga daripada RM180 ke atas termasuk sarapan.

Setiap 20 bilik kategori Deluxe, Premier dan Premier Triple dilengkapi kerusi urut apabila anda boleh menggunakannya tanpa had selain kemudahan WiFi percuma.

Sesuai dengan konsep, antara kemudahan lain disediakan ialah seterika, saluran sukan Astro Sports dan 10 saluran tempatan, peti simpanan keselamatan, peti sejuk mini serta kerusi ala perlumbaan atau ‘bucket seat’.

Dua bilik bagi tetamu orang kurang upaya (OKU) menjadikan ia resort pertama di Malaysia yang memberi keselesaan seperti ini kepada pelanggan.

HOTEL berkonsepkan permotoran.
HOTEL berkonsepkan permotoran.

Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Pro Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof berkata, pembukaan hotel itu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan memberi manfaat kepada pengusaha barangan tempatan di kawasan Pantai Teluk Kemang untuk bekerjasama membangunkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan serta mungkin sebagai ‘bandar motorsport’ di Malaysia.

“Bagi kumpulan penunggang motosikal atau kelab kereta, mereka boleh jadikan hotel ini sebagai lokasi pertemuan kerana kawasan hotel ini cukup luas untuk menganjurkan pelbagai acara malah Pantai

LOKASI berdekatan pantai.
LOKASI berdekatan pantai.

Teluk Kemang hanya terletak di belakang hotel ini,” katanya pada perasmian hotel berkenaan, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Pengerusi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Datuk Ir Mansor Musa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 6:35 AM
Digital NSTP Subscribe