MODENAS Dominar D400 kini 11 peratus lebih murah berbanding harga sebelumnya.
MODENAS Dominar D400 kini 11 peratus lebih murah berbanding harga sebelumnya.
Lizam Ridzuan


MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) mengumumkan penurunan harga lebih 10 peratus untuk dua model motosikal jenama itu iaitu Pulsar RS200 dan Dominar D400.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, harga motosikal ini dapat diturunkan melalui kos pembuatan yang berjaya dikurangkan.

“Untuk model ‘street’ Modenas Pulsar RS200 kini berharga RM9,990 dengan penurunan sekitar 12 peratus atau RM1,360 dan jentera ‘sport-touring’ Modenas Dominar D400 kini pada harga RM13,788 dengan pengurangan sebanyak RM1,700 atau 11 peratus lebih rendah daripada harga sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Motosikal Pulsar RS200 mula diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada 2017 menawarkan motosikal ‘full-fairing’ dijana dengan enjin 199.5 cc silinder tunggal dan Dominar D400 mula memasuki pasaran tempatan pada 2018 dengan enjin 373.3 cc.

Kedua-duanya dengan ciri enjin sejukan cecair suntikan bahan api DTS-i dipadankan kotak gear enam kelajuan serta brek cakera jenama ByBre dan sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 3:29 PM
Digital NSTP Subscribe