TOYOTA Gazoo Racing (TGR). FOTO NSTP
TOYOTA Gazoo Racing (TGR). FOTO NSTP
Lizam Ridzuan


ACARA akhir Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) musim ke-3 pusingan 4 yang akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 dan 19 April hadapan bakal diadakan secara tertutup.

Mengambil kira keadaan semasa dengan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia UMW Toyota Motor (UMWT) sebagai penganjur utama mengutamakan kesihatan dan keselamatan untuk semua rakyat Malaysia termasuk kru, pelumba dan pasukan perlumbaan yang bertanding.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMWT Akio Takeyama berkata acara itu hanya melibatkan ahli pasukan yang bertanding tanpa kehadiran orang ramai serta penonton.

“Pada acara akhir itu kami akan mengadakan saringan kesihatan kepada semua indivdu dalam pasukan yang terlibat bagi memastikan mereka sihat sepenuhnya untuk melengkapkan baki saingan perlumbaan pusingan akhir musim ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mesikpun tertutup, perlumbaan Vios Challenge akan disiarkan secara langsung melalui laman web serta Facebook Toyota Malaysia dan semua peminat boleh menontonnya menerusi telefon pintar atau komputer.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 2:51 PM