Benelli TNT135SE kini ditawarkan dengan warna hijau (Striking Green).
Benelli TNT135SE kini ditawarkan dengan warna hijau (Striking Green).
Lizam Ridzuan


MOTOSIKAL segmen mini daripada Benelli TNT135SE kini ditawarkan dengan warna hijau (Striking Green) baharu tampil lebih menyerlah dan menarik.

Saiz kompak dengan rekaan yang bergaya sesuai untuk kegunaan dalam bandar ini mula diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada 2016.

Dijana enjin 135cc suntikan bahan api elektronik SOHC 4 injap sejukan cecair untuk 13 kuasa kuda pada 9,000 rpm dan daya tork 10.8Nm pada 7,000 rpm menyajikan prestasi yang responsif dengan transmisi lima kelajuan.

Ia juga dilengkapi pelbagai ciri terkini seperti lampu hadapan LED, sistem brek cakera bersaiz 220 milimeter (mm) hadapan dan 190 mm belakang, fork hadapan terbalik dan gabungan meter analaog dan digital.

Untuk pasaran Malaysia dua varian ditawarkan iaitu TNT135 (Standard) dijual pada harga RM8,190 dan TNT135SE pada harga RM10,088 (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 7:01 PM
Digital NSTP Subscribe