DUCATI Streetfighter V4 dilancarkan untuk pasaran golobal hari ini.
DUCATI Streetfighter V4 dilancarkan untuk pasaran golobal hari ini.
Lizam Ridzuan


DUCATI Motor Holdings melancarkan motosikal segmen super-naked Ducati Streetfighter V4 Serba Baharu di Itali pagi tadi melalui dua varian iaitu V4 dan V4S.

Dipilih sebagai ‘Motosikal Paling Cantik’ ketika dipertontonkan di Pameran Motosikal dan Aksesori Antarabangsa (EICMA) 2019 lalu yang berlangsung di Milan, ia diperkenalkan kepada media hanya melalui strimlangsung global sebagai langkah mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Streetfighter V4 hadir dengan konsep minimalis dijana enjin 1,103 cc Desmosedici Stradale yang menghemburkan kuasa kuda 208 hp dan tork 123Nm dengan ciri jentera MotoGP.

Elemen lain yang terbaharu ialah ia tampil dengan pemegang lebin tinggi dan lebar, lampu hadapan LED serta lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk-V serta ’sayap’ biplane untuk kesan erodinamik.

Berat keseluruhan sekitar 178 kilogram (kg) untuk varian S, ia direka sesuai bagi kegunaan urban atau prestasi di litar dengan kelajuan maksimum mencecah 270 kilometer/sejam (km/j).

Ducati Streetfighter V4 Serba Baharu bakal menjengah ke pasaran tempatan tidak lama lagi yang dibawa masuk menerusi pengedar utamanya Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) yang kali terakhir memasarkan model ini pada 2013 yang pada ketika itu dijual pada harga RM99,333.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 12:01 PM
Digital NSTP Subscribe