GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Lizam Ridzuan


SELARAS dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April hadapan, UMW Toyota (UMWT) sebagai pengedar utama kenderaan Toyota dan Lexus kekal menangguhkan operasinya.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, untuk kekal berhubung mereka masih membuka talian pertanyaan dan bantuan dengan menambah lima lagi nombor telefon untuk dihubungi.

Selain itu untuk model-model kenderaan yang dibeli daripada UMWT melalui pengedar mereka di seluruh negara dengan waranti yang sah dan tamat dalam tempoh ini akan diberi tambahan 30 hari dari hari terakhir PKP dilaksanakan.

Semua temujanji servis kenderaan juga akan dijadualkan semula sebaik operasi syarikat kembali seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut, pengguna kenderaan Toyota boleh menghubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682), 017-627 8962, 016-869 6107, 014-333 5380, 016-633 2865 dan 016-638 7678 (Isnin hingga Jumaat , 8 pagi hingga 7 malam).

Juga Bantuan Kecemasan 24 Jam, tujuh hari seminggu melalui talian 1800-888-247 serta e-mel: [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 10:11 AM