KENDERAAN keluaran Nissan.
KENDERAAN keluaran Nissan.
Lizam Ridzuan


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) sebagai pengedar utama kenderaan Nissan di negara ini mengumumkan semua waranti kenderaan Nissan yang tamat tempohnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama 30 hari.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan mereka hari ini, waranti sedia ada akan kekal sah meskipun penyelenggaraan berjadual tidak dapat dilakukan dalam tempoh PKP ini.

Semua pemilik disarankan untuk melakukan penjadualan semula temujanji servis dalam tempoh 30 hari selepas tamat PKP untuk memastikan waranti itu aktif.

Bagi memastikan kelancaran selepas tempoh ini, Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan melanjutkan waktu operasi dari jam 8.30 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Jumaat dan untuk Kelantan dan Terengganu dari Ahad ke Khamis.

Untuk maklumat lanjut, bantuan jalanan atau khidmat penundaan, pengguna Nissan boleh menghubungi 1-800-88-3838 atau www.nissan.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 9:36 PM