Subaru Forester baharu kini boleh ditempah dengan RM188 sepanjang tempoh PKP.
Subaru Forester baharu kini boleh ditempah dengan RM188 sepanjang tempoh PKP.
Lizam Ridzuan


PELBAGAI langkah diambil untuk mengekalkan momentum jualan dan yang terbaharu TC Subaru Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif kenderaan Subaru di negara ini turut menawarkan pembelian kenderaan melalui atas talian.

Pelanggan boleh menempah model baharu seperti XV atau Forester yang boleh dilakukan dari rumah pada bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Hanya dengan mengisi borang melalui atas talian beserta bayaran tempahan sebanyak RM188 setiap permohonan yang berjaya akan diberikan kod melalui emel yang akan disusuli oleh penasihat jualan dalam tempoh lima hari.

Semua urusan pandu uji, melihat model kenderaan serta permohan pinjaman akan dilakukan selepas tempoh PKP tamat kelak.

Subaru XV didatangkan dalam tiga varian dijual pada harga bermula RM117,788 dan Forester dijual pada harga bermula RM149,788.

Maklumat lanjut berkaitan tempahan atas talian Subaru boleh layari www.subaru.asia/my/.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 9:52 AM