PROTON kembali beroperasi secara berperingkat mulai Mei 2020.
PROTON kembali beroperasi secara berperingkat mulai Mei 2020.
Lizam Ridzuan


PROTON mengumumkan akan membuka operasinya secara berperingkat bermula 5 Mei ini serta mematuhi setiap arahan dan syarat yang disarankan oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong berkata pembukaan pusat jualan dan servis terutama yang terletak di zon hijau dan kuning adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi usaha mengekang penularan virus Covid-19.

"Melalui pembukaan perniagaan ini adalah menjadi keutamaan kami menyesuaikan dengan suasana normal baharu dan akan memperkenalkan protokol khas di semua kawasan kerja,

"Sebagai pengeluar automotif negara yang bertanggungjawab terhadap kebajikan pelanggan dan pekerja, kami akan berusaha sebaik mungkin meminimumkan risiko jangkitan itu," katanya.

Selain pusat pameran, Proton turut memulakan operasi pengeluaran kilangnya di Tanjong Malim dan Shah Alam termasuk pejabat korporat di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Subang Jaya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pusat jualan dan servis yang dibuka boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398 atau layari laman web: www.proton.com.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 10:36 AM