TC Subaru buka semua pusat pameran dan tawar promosi Hari Raya.
TC Subaru buka semua pusat pameran dan tawar promosi Hari Raya.
Lizam Ridzuan


TC Subaru sebagai pengedar eksklusif kenderaan Subaru di negara ini kembali membuka semua pusat pameran dan servis mereka di seluruh negara mulai hari ini.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan sesetengah pengedarnya sudah mula beroperasi sejak 27 April lalu yang menawarkan penyelenggaraan servis, membaiki kerosakan kecil dan khidmat bantuan jalanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai mematuhi syarat dan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan, pelanggan hanya dibenarkan menghantar dan mengambil kenderaan selepas selesai diservis dan tidak digalakkan membawa kanak-kanak.

Untuk mengekang penularan Covid-19 setiap kereta akan disanitasi sebelum dan selepas dihantar ke pusat servis selain kawasan kerja dan ruang pameran Subaru juga akan dilakukan perkara yang sama.

Pemakaian topeng muka, cecair pembasmi kuman, pemeriksaan suhu badan juga akan dilakukan dan buat yang melebihi 37.5 darjah selsius dan ke atas tidak dibenarkan memasuki premis.

Bagi kemudahan tambahan, TC Subaru juga memperkenalkan inisiatif 'test drive at home' melalui permintaan yang mana konsultan jualan akan membawa model yang dipilih ke rumah pelanggan utnuk sesi pandu uji.

Untuk pembelian kini ditawarkan promosi 'Subaru XV Hari Raya' yang mana pelanggan lwlwlwlwlwlpbaru bakal menikmati ansuran bulanan sifar selamat enam bulan juga 'Trade-In Assist Special' buat mereka yang ingin mendapatkan Subaru Forester pada musim perayaan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama Subaru di Malaysia boleh layari laman web www.subaru.asia/my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 2:53 PM