HONDA Malaysia patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
HONDA Malaysia patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Lizam Ridzuan


HONDA Malaysia sebagai pengedar utama kenderaan Honda di negara ini mengumumkan pembukaan semua cawangan pusat pameran dengan operasi penuh bermula 13 Mei lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Toichi Ishiyama berkata pelbagai langkah keselamatan dan kebersihan diambil mereka termasuk melakukan proses sanitasi di premis untuk memberikan kelegaan kepada pelanggan datang berurusan.

"Selaras dengan kebenaran untuk beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Honda Malaysia juga kini boleh menyumbangkan kembali usaha dalam pembangunan ekonomi negara namun dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya melalui siaran akhbar hari ini.

Menurutnya pejabat jualan dan kilang pembuatan Honda Malaysia akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh ini dan turut melaksanakan amalan norma baharu.

Antara langkah pencegahan yang dilaksanakan ialah pemeriksaan suhu dan penggunaan sanitasi tangan, penjarakan sosial, semua kereta pandu uji pelanggan akan disanitiasi sebelum dan selepas digunakan serta penasihat jualan dan pelanggan perlu memakai pelitup muka dan sarung tangan.

Untuk tempahan model baharu Honda adalah disarankan pelanggan membuat bayaran terus ke akaun cawangan pengedar melalui transaksi atas talian serta penyerahan model baharu hanya seorang pelanggan dibenarkan.

Lanjutan waranti yang tamat dalam tempoh PKP (18 Mac sehingga 12 Mei) akan diberikan sehingga 11 Jun ini dan servis yang perlu dilakukan dalam tempoh sama perlu diservis sebelum 11 Julai hadapan.

Maklumat lanjut boleh mengenai perkembangan semasa dan tawaran daripada Honda Malaysia boleh layari www.honda.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 5:17 PM