X
ISUZU Malaysia percepat proses penghantaran model D-Max baharu kepada pelanggan.
ISUZU Malaysia percepat proses penghantaran model D-Max baharu kepada pelanggan.
Lizam Ridzuan


ISUZU Malaysia kembali menyambung operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengutamakan penyerahan kenderaan baharu yang ditempah sebelum ini.

Lebih 300 tempahan daripada pelbagai model Isuzu diterima sejak 18 Mac lalu akan disegerakan bagi memastikan pelanggan menerima kenderaan secepat mungkin.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata meskipun pelanggan memahami keadaan situasi semasa dalam tempoh yang mencabar ini pihaknya juga perihatin terhadap keperluan mereka yang mahukan kenderaan untuk memudahkan pergerakan.

"Usaha sedang dijalankan untuk memastikan proses pengeluaran kenderaan terbabit akan dipercepatkan di kilang kami di Pekan, Pahang bagi model Isuzu D-Max dihantar kepada pengedar di seluruh negara," katanya.

Proses serahan juga selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan bagi membasmi penularan berterusan virus Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka, sanitasi premis, kenderaan pelanggan dan di ruang pameran.

Untuk sebarang maklumat mengenai tempahan temujanji servis dan model terkini Isuzu boleh layari laman Facebook: ISUZU.Dmax.Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 12:07 PM