MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) sediakan kemudahan Test Drive 2U ke rumah pelanggan.
MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) sediakan kemudahan Test Drive 2U ke rumah pelanggan.
Lizam Ridzuan


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) kini menyambung semula operasi secara penuh dan memperkenalkan Test Drive 2U iaitu tempahan atas talian untuk pandu uji model terbaharu Mitsubishi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tomoyuki Shinnishi berkata, ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini pelanggan yang mahu memandu uji model-model terbaharu mereka boleh dilakukan di kawasan rumah mereka.

"Hanya dengan temujanji atas talian dan menyatakan model yang menjadi pilihan mereka, konsultan jualan akan mengaturkan sesi yang dipilih bagi kemudahan pelanggan," katanya.

Semua sesi pandu uji itu akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan kereta.

Selain Test Drive 2U, MMM juga menawarkan promosi Raya yang menarik dan untuk semua butiran lanjut boleh layari: www.mitsubishi-motors.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 10:51 AM