SUBARU Forester 2.0i-S EyeSight GT Edition Baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
SUBARU Forester 2.0i-S EyeSight GT Edition Baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
Lizam Ridzuan


TC Subaru Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif kenderaan Subaru di negara ini melancarkan model Subaru Forester 2.0i-S EyeSight GT Edition Baru hari ini.

Ia adalah model edisi GT kedua selepas diperkenalkan untuk model Subaru XV yang direka melalui kerjasama rapat dengan syarikat kejuruteraan Giken Co Ltd dan Masahiko "Jack" Kobayashi yang juga bekas Ketua Pereka Subaru Corporation terutama untuk model WRX STI.

Melalui model GT Edition ini ia dilengkapi dengan 'aero kit' meliputi empat elemen integrasi iaitu penambahan lapisan bawahan bampar hadapan dan belakang, 'skirts' sisi dan 'spoiler' bumbung untuk gaya lebih ranggi dan sporty.

Selain itu ia juga dipadankan dengan rim aloi 18 inci, kerusi lapisan kulit dan sistem audio bersaiz lapan inci untuk ketersambungan aplikasi Apple CarPlay dah Android Auto.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C ini juga dilengkapi ciri sistem paparan pandangan sekeliling 360 darjah bagi kemudahan urusan parkir dan melalui kawasan yang sempit.

Subaru Forester 2.0i-S EyeSight GT Edition Baru didatangkan dengan tujuh pilihan warna dijual pada harga RM177,788 kini boleh dilihat di semua ruang pameran Subaru di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 2:39 PM