X
FORD Ranger FX4 Baharu diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
FORD Ranger FX4 Baharu diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
Lizam Ridzuan


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) sebagai pengedar eksklusif jenama Ford di negara ini melancarkan model Ford Ranger FX4 Baharu.

Pengarah Urusannya Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata ia juga adalah pikap trak pertama yang dilancarkan secara digital dalam pasaran tempatan melalui YouTube dan Facebook yang ditayangkan serentak hari ini.

"Melalui norma baharu yang menjadi amalan pernigaan dan kehidupan, kami juga melaksanakan ia dalam memperkenalkan produk baharu yang lebih menarik kepada pelanggan," katanya melalui siaran akhbar hari ini.

Antara ciri terkini yang ditawarkan model yang sinonim dengan 'Built Ford Tough' itu ialah Ranger FX4 dilengkapi pelbagai teknologi pintar dan keselamatan sedia ada seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, pengilap cermin pengesan hujan, sistem roda stereng berkuasa, dua beg keselamatan dan lampu nyalaan siang (DRL).

Untuk 150 pelanggan yang pertama menempah model ini bakal menerima pakej aksesori bernilai RM5,400 secara percuma seperti 'sports bar' hitam dan pelekat cermin gelap eksklusif, perakam video digital berdifinasi tinggi dan aplikasi mudah alih melalui hotspot serta kad memori bersaiz 8GB.

Untuk pasaran Malaysia Ford Ranger FX4 Baharu didatangkan dengan tiga piihan warna dan dijual pada harga RM126,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan tiga tahun waranti atau 100,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 11:56 AM