TOYOTO Corolla Cross Serba Baharu dilancarkan di Thailand untuk pasaran global.
TOYOTO Corolla Cross Serba Baharu dilancarkan di Thailand untuk pasaran global.
Lizam Ridzuan

TOYOTA Motor Thailand Company Limited memperkenalkan Toyota Corolla Cross Serba Baharu iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak untuk pasaran global.

Presidennya Michinobu Sugata, berkata Corolla Cross ialah barisan model Corolla yang baharu menawarkan kelancaran pada pemanduan serta ruang dalaman yang lebih luas dan selesa.

"Ia dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA-C) untuk kualiti terbaik pada prestasi pemanduan dan kabin yang praktikal bagi memenuhi keperluan gaya hidup pengguna," katanya dalam satu siaran media hari ini.

Dilancarkan di Thailand, Toyota Corolla Cross Serba Baharu ini ditawarkan melalui dua varian enjin 1.8 liter 2ZR-FBE petrol dengan 140PS serta tork 175Nm pacuan roda hadapan CVT.

Untuk Hibrid pula dengan motor elektrik 600 voltan menjana kuasa 72 PS dan tork 163 Nm yang dipadankan enjin 1.8 liter 2ZR-FXE yang menawarkan tambahan kuasa 98 PS dan tork 142Nm menerusi e-CVT Toyota.

Dipasang dan dipasarkan untuk pasaran Thailand pada tahun ini sebelum ke global ia memiliki reka bantuk yang tampil sporty, mewah dan lasak dengan bumbung moonroof yang dilengkapi 'bar', lampu hadapan dan belakang LED serta rim aloi 18 inci.

Ruang dalaman menyediakan kargo sehingga 487 liter dengan pintu belakang automatik yang luas bagi kemudahan keluar dan masuk barangan serta ciri keselamatan termaju melalui Toyota Safety Sense.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 10:07 PM