DUCATI XDIAVEL S
DUCATI XDIAVEL S
Lizam Ridzuan


NZ Wheels sebagai pengedar sah Mercedes-Benz di negara ini menawarkan kempen hadiah 'Double Celebrations' untuk pembelian model yang terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata Kempen 'Double Celebrations' bermula dari 13 Julai sehingga 30 September 2020 dengan menyediakan hadiah motosikal sport cruiser Ducati XDiavel S yang bernilai RM161,900.

"Kami bekerjasama dengan Ducati Malaysia yang mempunyai nilai yang bertepatan buat kedua-dua jenama ini dalam menyediakan kenderaan dengan kualiti yang premium, berinovasi dan gaya sofistikated," katanya melalui siaran media.

Selain hadiah, pelanggan boleh mendapatkan kenderaan pada harga lebih menarik bersempena tempoh pengecualian cukai jualan sehingga hujung tahun ini.

Setiap tempahan dan pembelian yang berjaya melayakan satu penyertaaan sahaja tertakluk kepada terma dan syarat dan keputusan akan diumumkan di laman sosial NZ Wheels.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 11:43 AM