KOTAK simpanan Antartica B42N.
KOTAK simpanan Antartica B42N.
Lizam Ridzuan


KEPERLUAN seharian pengguna motosikal semakin bertambah dan kotak simpanan antara yang memberi kemudahan tambahan dalam melancarkan segala urusan.

Selain untuk simpanan barangan seperti topi keledar dan baju hujan, ia juga dapat melindungi penunggang daripada panas serta hujan selain penglihatan umum bagi tujuan keselamatan.

Bagi menambah pilihan serta tawaran produk yang lebih bergaya, Givi Asia sebagai pengeluar produk itu, memperkenalkan 'The Antartica-B42 Monolock Top Case' untuk pasaran tempatan baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, On Hai Swee berkata, kotak simpanan ini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan serta maklumat yang diperoleh daripada maklum balas pengguna.

"Selepas E43 yang menjadi kotak simpanan popular dalam kalangan penunggang motosikal, kapasiti yang besar bukanlah kekangan kerana membolehkan mereka membawa lebih barangan.

"Melihat suasana dan permintaan pasaran maka terhasil Antartica B42N yang berkapasiti 42 liter, segi empat poligon dengan elemen tambahan pantulan cahaya untuk tahap penglihatan yang lebih baik dari jauh," katanya.

BOLEH memuatkan dua topi keledar.
BOLEH memuatkan dua topi keledar.

Kotak simpanan Givi dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi malah strukturnya cukup kukuh dan dipercayai sejak dikeluarkan pada 1978.

Dengan kapasiti 42 liter, kotak simpanan ini mempunyai ruangan yang besar dan mampu memuatkan sehingga dua helmet demi-jet atau satu topi keledar modular.

ON melancarkan Antartica B42N kepada media.
ON melancarkan Antartica B42N kepada media.

Apa yang menarik ialah, Antartica B42N turut menerima sentuhan pereka tempatan, Muhammad Ilhamy Latiff yang mendapat kerjasama Givi dari seluruh dunia untuk rekaan akhir.

Dihasilkan di kilang Givi Asia di Bukit Beruntung, Selangor untuk eksport ke pasaran global, Antartica B42N juga menampilkan sistem 'Micro 3 Locking' generasi terkini untuk penguncian lebih selamat serta efisien.

Ia akan mula berada di pasaran pada Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 6:40 AM