NAZA Motor Trading megadakan kempen “Merdeka Beli & Menang” sehingga 16 September 2020.
NAZA Motor Trading megadakan kempen “Merdeka Beli & Menang” sehingga 16 September 2020.
Lizam Ridzuan


SEMPENA bulan kemerdekaan Ogos hadapan, Naza Motor Trading yang juga anak syarikat Naza Group memperkenalkan kempen "Merdeka Beli & Menang".

Bermula hari ini sehingga 16 September 2020, setiap pembelian kenderaan import terpakai (recond) di Naza Automall, Petaling Jaya melayakkan penyertaan untuk memenangi hadiah menarik.

Barangan elektronik bernilai RM45,000 keseluruhan antara yang ditawarkan iaitu telefon bimbit Huawei, TV pintar bersaiz 55 inci dan tablet Apple iPad.

NAZA Motor Trading megadakan kempen “Merdeka Beli & Menang” sehingga 16 September 2020.
NAZA Motor Trading megadakan kempen “Merdeka Beli & Menang” sehingga 16 September 2020.

Selain itu sebagai bonus, melalui pembelian 'Merdeka Beli & Menang' pengguna juga bakal menikmati penjimatan 50 peratus untuk Cukai Jualan dan Servis (SST) dan kelulusan pinjaman segera.

Waranti percuma turut diberikan untuk pilihan kenderaan pelbagai guna (MPV) serta sedan daripada jenama seperti Porsche, Mercedes-Benz, Lexus, Toyota, Mini dan banyak lagi.

Naza Automall dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) dan hujung minggu serta cuti umum dari jam 10 pagi dan 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 9:10 AM