NISSAN Serena S-Hybrid (CBU) dipanggil semula untuk memprogramkan kembali sistem CVT.
NISSAN Serena S-Hybrid (CBU) dipanggil semula untuk memprogramkan kembali sistem CVT.
Lizam Ridzuan

 

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengumumkan kempen panggilan semula Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian import sepenuhnya (CBU).

Model terlibat ialah untuk tahun pembuatan September 2012 sehingga November 2013.

Ini adalah bertujuan untuk memprogramkan semula Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) yang terdapat pada model itu.

Dianggarkan sekitar 4,001 unit kenderaan model itu dikenalpasti terjejas dalam kempen ini melalui siasatan yang dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd.

Segala kos buruh dan alat ganti (jika ada) untuk kempen ini adalah percuma dan proses mengambil masa sekitar 45 minit.

Nissan Serena S-Hybrid (C26) versi pemasangan tempatan (CKD) dilancarkan di Malaysia pada November 2014 dan model serba baharu (C27) pada Mei 2018 adalah tidak terjejas.

Pelanggan terlibat akan dihubungi melalui surat, sistem pesanan ringkas (SMS), atau Whatsapp dari TCEAS dan digalakkan membuat temujanji di cawangan yang terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 6:33 PM