Lizam Ridzuan


EDISI 'longtail' McLaren 765LT adalah tawaran terbaharu dalam segmen Super Series yang diperkenalkan untuk pasaran global pada awal tahun ini.

Jentera yang diasaskan daripada model 720S ini menawarkan prestasi jalanan dan litar ke tahap yang baharu dengan kepuasan pemanduan luar biasa.

Ia juga adalah yang terpantas untuk siri LT pernah dihasilkan.

Model ini diperkenalkan ke pasaran tempatan baru-baru ini melalui pengedar utamanya, McLaren Kuala Lumpur.

Ia dijana dengan enjin 4.0 liter dwi-pengecas turbo V8 yang menghamburkan kuasa 765PS dan tork maksimum sehingga 800Nm.

SPOILER belakang aktif dengan fungsi tersendiri.
SPOILER belakang aktif dengan fungsi tersendiri.

Melalui transmisi tujuh kelajuan Kotak Gear Reverse Seamless Shift (SSG), ia 15 peratus lebih responsif dalam penukaran gear, ia mampu mencatatkan jarak daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 2.7 saat.

Kelajuan tertinggi mencapai 330 km/j dan jarak membrek (100km/j ke sifar) 29.5 meter dengan pengagihan berat 42 peratus pada hadapan dan 58 peratus bahagian belakang.

Faktor berat keseluruhan jentera juga antara kelebihan model ini.

DR Khairil Idham
DR Khairil Idham

NEKAD memandu sendiri untuk mengambil bekalan sayur-sayuran di Cameron Highlands.
NEKAD memandu sendiri untuk mengambil bekalan sayur-sayuran di Cameron Highlands.

Ia seberat 1,339 kilogram (kg) dan 50kg lebih ringan berbanding jenama pesaing terdekat.

LT 765 dibangunkan dengan material ringan berprestasi tinggi dan teknologi gentian karbon untuk komponen badan kenderaan termasuk ekzos titanium.

Faktor aerodinamik juga adalah perkara utama difokuskan dengan pakej komponen seperti Splitter dan bampar hadapan, skirt sisi, bampar belakang, difuser serta sayap belakang aktif lebar yang mempunyai pelbagai fungsi.

RUANG kabin material mewah dan ringan.
RUANG kabin material mewah dan ringan.

Pintu 'blade' menjadikan 765LT tampil lebih unik. Ia bukan sekadar gaya malah berfungsi mengalirkan pusingan angin lebih baik daripada roda hadapan melalui bilah tambahan dan skirt sisi.

Rim hadapannya bersaiz 19 inci manakala belakang pula 20 inci. Brek cakera hadapan dihasilkan daripada seramik karbon monobloc enam injap bersaiz 390 milimeter (mm) manakala belakang pula 380mm.

Ruang dalamannya pula bergaya radikal dan minimalis.

Ia juga dilengkapi sistem paparan kelajuan dan kedudukan gear yang boleh dibuka dan tertutup untuk ciri prestasi gaya Formula 1.

Untuk pasaran Malaysia McLaren 765LT dijual pada harga asas bermula daripada RM1.48 juta (sebelum cukai) dan terhad 10 unit serta keutamaan diberi kepada pemilik McLaren sedia ada yang dijangka mendapatkan model ini pada suku pertama 2021.

Semua model McLaren adalah pemasangan tangan di Pusat Pengeluaran McLaren (MPC) di Woking, Surrey, England.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 7:01 AM