UMW Toyota Motor (UMWT) umum kempen panggilan semula model Toyota dan Lexus terlibat.
UMW Toyota Motor (UMWT) umum kempen panggilan semula model Toyota dan Lexus terlibat.
Lizam Ridzuan

 

 

Kuala Lumpur: UMW Toyota Motor (UMWT) sebagai pengedar rasmi kenderaan Toyota dan Lexus di negara ini mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) bagi penggantian pam bahan api.

  Sebagai lanjutan kempen yang pernah dilakukan sebelum ini, ia melibatkan sebanyak 9,500 unit model Toyota dan 850 unit Lexus untuk tahun pembuatan dari Julai 2017 sehingga Julai 2019.

  Untuk Toyota model yang terlibat ialah Alphard, Vellfire, Camry, Corolla, Fortuner, Innova, C-HR dan Harrier.

 Untuk Lexus model ES250, GS200t, GS350, IS200t, LC500, LS500, LX570, NX300, RX300 dan RX350.

  Model yang tidak dinyatakan adalah tidak terlibat dalam kempen panggilan semula SSC ini.

  Penggantian ini perlu bagi kemungkinan berlakunya operasi pam bahan api yang terhenti dan sekiranya terjadi lampu amaran dan pesanan akan terpapar di panel instrumen dan kehilangan kuasa enjin boleh berlaku.

  UMWT secara rasmi akan memaklumkan kepada semua pemilik yang terlibat dan kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka namun proses penggantian bergantung kepada model kereta.

  

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 9:41 PM