SESUAI untuk pelbagai jenis tunggangan.
SESUAI untuk pelbagai jenis tunggangan.
Lizam Ridzuan

Sesuai untuk semua jenis tunggangan motosikal, Shell memperkenalkan rangkaian minyak Shell Advance baharu iaitu Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride.

Sesuai juga untuk motosikal empat lejang, ia minyak enjin sintetik penuh premium paling mampu milik dalam pasaran Malaysia.

Shell Advance Power baharu sesuai buat mereka yang gemarkan kuasa dan pecutan untuk prestasi maksimum serta mencegah permulaan proses pengoksidaan dan pembentukan deposit yang dibuktikan sehingga 20,000 kilometer (km).

Ujian dilakukan di India dinilai di atas casis dinamometer, ia melalui jarak yang ditetapkan dan setiap data dianalisis menunjukkan tiada kehilangan kuasa enjin.

SHELL Advance baharu dengan sintetik penuh.
SHELL Advance baharu dengan sintetik penuh.

Shell Advance Long Ride baharu pula untuk penunggang yang mahukan ketenangan untuk enjin bebas masalah sama ada dalam bandar atau perjalanan jarak jauh.

Ia dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum dan ketahanan haba maksimum sehingga 6,000km.

Ini juga berdasarkan ujian kemeruapan minyak ASTM D5800 NOACK dan perbandingan terhadap had API SN dan ujian pengoksidaan 'Pressurised Differential Scanning Calorimeter'.

Kedua-dua produk turut dirumus dengan Teknologi PurePlus proprietari Shell, iaitu minyak asas 99.5 peratus tulen yang dihasilkan daripada gas asli.

Ini memberi kesan prestasi ketika permulaan enjin sejuk dan pada suhu tinggi untuk kebersihan piston lebih baik berbanding yang diasaskan 'ester'.

Shell Advance Power 15W-50 dijual pada harga RM55 dan Shell Advance Long Ride 10W-40 ialah RM50 untuk setiap pek 1 liter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 6:11 AM