TOYOTA Vios Baharu.
TOYOTA Vios Baharu.
Lizam Ridzuan

 

 

UMW Toyota Motor (UMWT) sebagai pengedar utama kenderaan Toyota di negara ini melancarkan empat model baharu ke dalam pasaran tempatan terdiri daripada Toyota Vios dan Toyota Yaris, serta varian prestasi Vios GR-S dan GR Yaris.

  Untuk Vios dan Yaris masih mengekalkan tiga varian iaitu 1.5J, 1.5E dan 1.5G dengan enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT tujuh-kelajuan.

  Ia didatangkan dengan ciri kemasan rekaan baharu seperti bampar hadapan, lampu utama daripada LED, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu kabus.

  Ruang dalaman dengan sistem audio tujuh inci dan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem keselamatan dengan Toyota Safety Sense (TSS) dengan Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dan Amaran Penukaran Lorong (LDA),

   Toyota Vios Baharu dijual pada harga RM74,623 (1.5J), RM82,593 (1.5E) dan RM87,584.

  Toyota Yaris Baharu pula dijual pada harga 70,940.00 (1.5J), RM80,380 (1.5E) dan RM84,808 (1.5G).

MODEL Yaris Baharu.
MODEL Yaris Baharu.

  Model prestasi Vios Gazoo Racing Sport (GR-S) adalah pertama kali diperkenalkan ke peringkat global yang dibangunkan di Malaysia dan dikeluarkan di kilang pemasangan UMWT di Bukit Raja, Klang, Selangor.

  Ia yang diilhamkan daripada perlumbaan Vios Challenge, tampil rekaan aerokit agresif seperti bampar hadapan, belakang dengan diffuser, spoiler hitam belakang dan skirting sisi yang dipadankan rim loi 17 inci.

  Vios GR-S juga dengan enjin 1.5 liter dengan transmisi 10 kelajuan CVT serta sistem suspensi sports talaan prestasi.

  Untuk pasaran Malaysia dua pilihan warna ditawarkan iaitu Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl dan dijual pada harga RM97,500 (atas jalan tanpa insurans).

GR YARIS.
GR YARIS.

  Untuk GR Yaris adalah unit terhad Performance Pack Edition dihasilkan sebanyak 25,000 unit di seluruh dunia dan ditawarkan 200 unit sahaja di negara ini dengan setiap satu dengan nombor plat istimewa eksklusif.

  Diinspirasikan daripada jentera rali WRC untuk kegunaan jalan raya dengan enjin 1,618 cc DOHC liter pengecas turbo intercooler menjana 261PS pada 6,500rpm dan 360Nm pada 3,000 hingga 4,600 rpm.

  Model GR Yaris ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Emotional Red 2 dan Precious Black dijual pada harga RM299,000 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 12:42 AM