PANORAMA senja yang indah di Plawangan.
Hafiz Ithnin


KELIHATAN gah berdirinya Gunung Rinjani dari jauh. Hakikatnya, permata di bumi utara Lombok, Indonesia itu masih berduka akibat ditimpa bencana besar sejak 2018.

Pertama, gunung itu dilanda gempa bumi pada Julai tahun itu. Kedua, pada awal November lalu, ia dilanda pula kebakaran.

Dua tragedi ini sudah pasti menjadi mimpi ngeri buat gunung berketinggian sekitar 3,726 meter itu.

Dalam kalangan pendaki Malaysia yang pernah mengunjunginya pasti dapat mengimbau dan tersentuh rasa rindu kisah eksotik Gunung Rinjani.

KEADAAN laluan pendakian yang musnah terbakar.

Tidak ketinggalan, ia juga bersulam sebak terkenang rakan-rakan yang terkorban ketika tragedi gempa itu.

Mengunjunginya baru-baru ini, melalui jalur Semba

lun ternyata dunia si Rinjani sudah sedikit berbeza. Tidak seperti dulu.

Hijau bertukar gelap dijilat api, ada juga lokasi persinggahan untuk pendaki berehat roboh digoncang bencana 2018 itu.

Laluan dari jalur Sembalun masih sama, melalui dataran savana lapang berpayung langit, berpanas terik menjadi cabaran.

Jika ada yang tahu betapa semputnya mendaki dari Pos 3 ke Pos 4 yang dikenali sebagai Bukit Penyesalan, laluannya juga masih sama.

Cumanya tidak lagi beratap pepohon tebal. Bertambah luas lagi nampaknya laluan savana.

Penulis yang dijemput pihak Pelancongan Indonesia untuk mengunjungi lokasi itu pada mulanya terkejut kerana di dalam jadual tidak dinyatakan masa ‘menembak’ ke puncak.

Laluan pendakian penulis hanya setakat di kem induknya, Pelawangan. Sebenarnya, ketika ini pihak kerajaan Indonesia masih lagi tidak membuka laluan ke puncak atas faktor keselamatan.

Hanya ke Pelawangan dibenarkan. Malah, laluan untuk turun ke Tasik Senggara Anak yang amat terkenal sebagai nadi dunia eksotiknya juga tidak dibenarkan untuk dikunjungi.

Rasa hampa sememangnya menebal, namun setiap yang

dilakukan pasti ada sebabnya, yang pasti demi keselamatan kami yang bergelar pendaki.

TARIAN perwira di Kampung Ende yang menarik untuk dilihat dengan lebih dekat.

Penulis dikhabarkan ia mungkin dibuka semula pada 2020. Tarikh tepatnya masih samar.

Meskipun sedikit kecewa tidak menawan puncak kali ini, sebaliknya bagi penulis tidak rugi untuk melihat sendiri dunia Rinjani selepas musibah.

Ia mempunyai cerita subjektif yang menarik sekiranya anda benar-benar berjiwa pendaki. Percayalah! Perjalanan penulis ke Lombok tidak sekadar mengimbau nostalgia Rinjani.

Apabila ke sana, jangan lupa untuk turut menjadi ‘peneroka.’ D

unia Lombok bukan sekadar untuk pendaki tetapi ia lebih dari

pada itu.

KANAK-KANAK di Perkampungan Tembikar Banyumulek menunjukkan cara membuat tembikar.

Misalnya merasai pengalaman membuat tembikar di Perkampungan Tembikar Banyumulek, melihat masyarakat yang mengusahakan tenunan di Desa Sukarara.

Tidak sekadar itu, jangan lepaskan peluang mendekati Kaum Sasak yang sinonim dengan Lombok di Kampung Ende kerana tarian yang menceritakan kisah pahlawan dan kediaman tradisional begitu menarik untuk merakam gambar.

Pantai Kuta juga ada panoramanya tersendiri. Waktu matahari terbenam paling disyorkan kerana pemandangan bukit yang unik, laut terbentang luas dan remang senja menjadi adunan sebati untuk dipotretkan.

KEADAAN Tasik Senggara Anak

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:30 AM