MENYEDIAKAN nasi ke dalam kontena plastik.
MENYEDIAKAN nasi ke dalam kontena plastik.
Nurul Husna Mahmud


CENDAWAN susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus atau Polyporus rhinocerus adalah daripada keluarga Polyporaceae dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Malah cendawan ini hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya sukar.

Ramai penyelidik khususnya membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh bawah tanah dan hanya payungnya keluar ke permukaan bumi sehingga dikatakan hampir pupus.

Oleh itu, inisiatif syarikat tempatan, LiGNO Biotech Sdn Bhd berjaya menemui kaedah penanaman kulat berkenaan dengan khasiatnya setara seperti di hutan.

Ia berikutan cendawan itu disenaraikan sebagai bahan aktif untuk perubatan tradisi di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada 2010.

BILIK Inkubator.
BILIK Inkubator.

Menurut Penyelidik Prinsipal Mardi, Dr Tan Chon Seng, yang juga Penasihat Teknikal LiGNO Biotech ketika ini kulat susu harimau digunakan secara meluas sebagai usaha membantu merawat masalah paru-paru dan sistem pernafasan.

Nyata, kelebihan cendawan itu relevan dengan situasi semasa apabila penularan Covid 19 baru-baru ini menyaksikan pesakit dijangkiti pandemik itu mempunyai simptom mirip dengan mereka yang sedia menghadapi masalah kesihatan paru-paru dan sistem pernafasan.

"Secara tradisinya, cendawan susu harimau digunakan mereka yang menghadapi masalah kesihatan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema.

"Kajian menunjukkan cendawan susu harimau mempunyai aktiviti antikeradangan dan imuno-modulasi yang tinggi. Ciri-ciri ini adalah bukti ia membantu menangani masalah berkait dengan akut pernafasan terbabit ," katanya .

DR TAN mahu khazanah cendawan negara dipelihara.
DR TAN mahu khazanah cendawan negara dipelihara.

Kata Dr Tan, pihaknya menemui mekanisme cendawan terbabit berupaya membantu menangani jangkitan virus selesema.

"Kami berkolaborasi melakukan penyelidikan dengan Universiti Chulalongkorn, Thailand terhadap HIV dan hasil cendawan menunjukkan ia berjaya menghalang enzim yang diperlukan virus itu daripada memasuki sel badan.

"Tanpa enzim itu, virus HIV tidak dapat membiak. Mekanisme yang sama seperti dalam kes Covid 19," katanya turut memaklumkan cendawan susu harimau mempunyai tiga bahagian iaitu sebelah atas (payung), tengah (batang) dan bawah (ubi atau sclerotium).

Mengenai teknologi sistem tanaman dalam bilik yang dikawal, cendawan susu harimau hidup dengan baik pada medium penanaman yang dirumus khas sehingga dapat membentuk sclerotia yang setaraf mutu jenis liar.

"Cendawan itu juga dipetik dalam keadaan optimum bagi memungkinkan dilakukan penyeragaman di setiap peringkat pengeluaran dan menjamin kadar hasil.

"Ia hanya ditanam dalam susunan kotak plastik lut sinar dalam bilik yang dikawal, kotak hanya dibuka ketika cendawan hendak dituai kira-kira enam bulan selepas dikultur," katanya.

Teknologi itu mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 500 kilogram (kg) sebulan dalam hanya satu bilik seluas 800 kaki persegi.

RUPA cendawan susu harimau matang dan sedia dituai.
RUPA cendawan susu harimau matang dan sedia dituai.

Bilik itu memuatkan 1,000 kotak dengan setiap kotak mengandungi 50 gram cendawan," katanya y

ang turut memperkenalkan Muzium Cendawan Susu Harimau (CSH) Ligno Biotech di Balakong, Selangor baru-baru ini.

Kata Dr Tan, muzium itu dibuka sebagai pusat pendidikan dan memperkenalkan cendawan susu harimau kepada umum secara percuma.

Sekali gus khazanah ubat-ubatan Malaysia ini dapat terus dipelihara dan pengetahuan mengenai cendawan berharga ini juga salurkan serta didedahkan

"Kita melihat banyak muzium menarik di bandar seperti Amsterdam, Belanda. Contohnya ada muzium keju, dari situ lahir idea membina muzium cendawan sebagai antara cara memperkenalkan khazanah negara.

"Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian, di luar terdapat mural yang menunjukkan pelbagai cendawan berharga. Terdapat juga galeri atau bilik pameran yang menunjukkan sejarah penemuan cendawan, dipamerkan juga penggunaan cendawan secara tradisional, pengembangan, kajian dan penyelidikan serta bahagian yang mempamerkan pelbagai penghargaan dan anugerah yang diterima" katanya.

Di samping itu, katanya, terdapat juga bilik kelas yang boleh memuatkan 50 orang pada satu masa yang boleh digunakan untuk kelas membuat sabun dan sebagainya. Di tingkat atas pula terdapat bilik khas tanaman cendawan (dalam bilik kaca) dan cara cendawan dibiakkan

.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 6:31 AM