mutakhir

Biro Disiplin AMK sahkan anggota ditahan

Oleh Suraya Roslan

BIRO Disiplin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengesahkan penahanan anggota Majlis Pimpinan Pusat AMK dalam serbuan pesta dadah awal pagi tadi.

Pengerusinya, P Arvindran berkata, seorang yang ditahan Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat AMK.

"Biro Disiplin AMK memandang serius perkara ini dan akan mengkaji sama ada terdapat perlanggaran Kod Tata Etika Anggota di bawah mana-mana peruntukan Perlembagaan Parti atau Peraturan AMK dalam kes ini sementara menunggu kenyataan media daripada pihak polis.

"Biro Disiplin AMK sentiasa komited bagi memastikan semua anggota parti tidak terbabit dalam jenayah dan sentiasa mematuhi undang-undang negara, perlembagaan dan tata etika parti," katanya.

Terdahulu, tular seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi kerana disyaki terbabit dalam ‘pesta’ dadah.

Berita berkaitan

Saya ke kondo untuk berbincang - Adhif Syan

Tiada siapa melebihi undang-undang negara

Adhif Syan memang ditahan polis - BERSATU Selangor

ADUN Dengkil nafi positif dadah

Disiarkan pada: January 13, 2020 @ 4:17pm
d