global

China rekod 573 kes jangkitan baharu

Oleh Reuters

BEIJING: China melaporkan 573 kes baharu Covid-19 semalam, meningkat berbanding 427 kes yang dilaporkan sehari sebelumnya, iaitu peningkatan harian tertinggi dalam minggu ini.

Kes baharu itu sebahagian besarnya dilaporkan masih berlaku di Wuhan dengan keseluruhan 565 jangkitan.

Jumlah keseluruhan kematian yang dicatatkan sehingga kini adalah 2,870, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

China turut mengkelaskan tahap keadaan kepada “risiko tinggi”, “risiko sederhana” dan “risiko rendah” dengan kawasan yang dikategorikan berisiko rendah boleh memulakan aktiviti biasa semula.

Sabtu lalu, Hubei mencatatkan 11 daripada 103 daerah di bawahnya sebagai risiko rendah namun, 58 daerah lagi masih dalam kategori risiko tinggi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 7:10pm
    d