global

Covid-19: 600 kes baharu di Korea Selatan

Oleh Reuters

SEOUL: Korea Selatan merekodkan 600 kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) dengan tiga lagi kematian.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara berkenaan berkata, ia menjadikan sebanyak 4,812 kes jangkitan di negara itu.

Peningkatan kes Covid-19 itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat negara itu selepas mereka yang disahkan jangkitan semakin meningkat.

Kes di negara berkenaan dikesan selepas sebahagian ahli Gereja Shincheonji apabila sebahagian daripada ahlinya pulang daripada melawat Wuhan, China yang menjadi pusat wabak berkenaan.

Setakat ini, masih tidak dipastikan jumlah kematian membabitkan anggota gereja berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 3, 2020 @ 10:51am
    d