global

Covid-19: Sekatan perjalanan Eropah - AS

Oleh Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggantung semua perjalanan dari Eropah ke negara itu untuk tempoh 30 hari bermula Jumaat.

Ia sebagai usaha mengekang penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Presiden Donald Trump bagaimanapun berkata, peraturan itu tidak berkuat kuasa untuk United Kingdom.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan koronavirus baharu sebagai pandemik.

Ia bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 9:43am
    d