global

Indonesia catat 27 kes baharu

Oleh Reuters

Jakarta: Indonesia melaporkan 27 lagi kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan menghampiri 100.

Pegawai di kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, jumlah jangkitan ketika ini adalah 96 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada lima.

Kes berlaku di beberapa lokasi termasuk Jakarta, barat dan tengah Jawa, Manado di kepulauan Sulawesi serta Pontianak di kepulauan Borneo.

Terdahulu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, semua sekolah di bandar raya berkenaan akan ditutup selama dua minggu bermula minggu depan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Beliau turut mengarahkan penutupan muzium, taman dan zoo selama dua minggu bermula Jumaat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 14, 2020 @ 5:47pm
    d