global

Eropah catat lebih 250,000 kes Covid-19

Oleh AFP

Paris: Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Eropah melebihi angka 250,000 sehingga hari ini dengan angka tertinggi dicatatkan di Itali dan Sepanyol.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah keseluruhan kes di Eropah adalah 258,068 dengan 14,640 kematian.

Manakala, Asia mencatatkan 100,937 kes jangkitan dan 3,636 kematian.

Itali mencatatkan 74,386 kes jangkitan dan Sepanyol (56,188 kes).

Jumlah kes jangkitan global kini mencecah angka 481,230 merentasi 182 negara dengan 21,867 kematian.

Bagaimanapun, laporan menyatakan angka sebenar adalah lebih tinggi memandangkan banyak negara hanya merekodkan kes jangkitan yang serius dan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 9:58pm
    d